Esok Perbicaraan Kes Anwar
DSAI akan memulakan perbicaraan atas tuduhan liwat bermula esok 7 Jun, 1999. Kes ini dijangkakan menarik disebabkan pelbagai pihak yang terlibat dengan pendakwaan ini akan bersatu dan bersekongkol dengan konsfirasi yang membawa tuduhan palsu ke atas bekas TPM itu.
Dalam perbicaraan kes rasuah kuasanya lalu, DSAI melalui 78 hari perbicaraan yang penuh mendebarkan kerana berhadapan dengan fitnah dan provokasi pihak polis dan Jabatan Peguam Negara.
DSAI mengaku tidak bersalah melakukan perbuatan itu terhadap Azizan Abu Bakar, bekas pemandu isterinya, di 10-7-2, Tivoli Villa, Jalan Medang Tanduk, Bangsar pada 7.45 malam, satu hari pada Mei 1992.
Tuduhan itu mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan. Perbicaraan itu akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ariffin Jaka.
Peguam Negara Tan Sri Mohtar Abdullah akan mengetuai pasukan pendakwaan yang anggotanya terdiri daripada Timbalan Kanan Pendakwa Raya Datuk Abdul Gani Patail, Azahar Mohamed, Mohd Yusof Zainal Abiden serta Timbalan Pendakwa Raya Stanley Augustine dan Shamsul Sulaiman.
Anwar akan diwakili oleh Christopher Fernando sebagai peguam utama. Beliau akan dibantu oleh Haji Sulaiman Abdullah, Pawancheek Merican, Gurbachan Singh, Sankaran N. Nair, Zulkifli Nordin dan Robin Choy.
Sukma pula akan dibela oleh Karpal Singh dan Gobind Singh Deo.
Tan Sri Mokhtar memberitahu terdahulu bahawa 20 orang saksi akan dikemukakan untuk memberi keterangan dalam kes itu. Rakyat dipercayai akan lebih keliru dengan pendakwaan ini setelah menyaksikan 'tilam' diusung keluar masuk mahkamah Tinggi dalam kes rasuah DSAI yang lalu.~MR