Calon PAS Yang Bertanding Kali Ini

7 June, 1999 - PAS akan mempunyai calon-calon berwibawa dalam usahanya mentadbir Kerajaan sekiranya berjaya memenangi pilihanraya umum kali akan datang. Kebanyakan calon-calon yang akan dipertandingkan di negeri Selangor khususnya dan seluruh negara amnya adalah terdiri dari para doktor, samada doktor perubatan atau doktor falsafah.

Kehebatan mereka adalah sama dan kelebihannya daripada Dr. Mahathir, mereka akan menjalankan pemerintahan Islam. Perkara ini ditegaskan oleh Al-Fadil Hj. Hassan Shukri, Naib Presiden PAS semasa berucap di Kg. Ulu Kuang, Chemor, Perak, semalamsebagai menolak kenyataan PAS tidak mampu mentadbir jika berkuasa kelak.~MR