PAS Tidak pernah Mengorbankan Dasar Perjuangannya
7 June, 1999 - Semenjak ditubuhkan pada tahun 1954, PAS telah mengambil Al-Quran sebagai dasar yang menjadi intipati perjuangan parti itu. PAS juga telah menyertai sembilan kali pilihanraya umum negara ini dan pernah menang dan kalah.
PAS melalukan cara terbuka dengan bekerjasam dengan parti-parti pembangkang yang lain, sama dalam Kerajaan Campuran atau sekarang melalui Barisan Alternatif, namun sehingga setakat ini PAS belum pernah mengorbankan dasar perjuangannya dalam usaha dan kerjasama itu.
Hanya agenda UMNO yang 'kununnya' berjuang untuk menegakkan Islam dan menjadi hero di kalangan umat Islam mendakwa PAS parti yang sanggup korbankan dasar untuk memenangi pilihanraya. Mereka tak faham perjuangan PAS dan mereka sesatkan orang yang cuba menyelami perjuangan PAS.
PAS menghadapi tentangan dari orang Islam sendiri dalam usaha menegakkan sebuah negara Islam setakat ini. Tentangan itu bukannya datang dari mereka yang bukan Islam samada kaum Cina dan India. Perkara ini ditegaskan oleh Al-Fadil Hj. Hassan Shukri semasa berucap dalam ceramah umumnya di Kg. Ulu Kuang, Chemor, Perak.~MR