Lagi Cawangan UMNO Terkubur Kerana Sertai PAS

UMNO Cawangan Kg. Ulu Kuang hadapi zaman kelamnya apabila hampir ke semua AJK cawangannya telah menyertai PAS dan menjadi Penaja Penubuhan PAS Cawangan Kg. Ulu Kuang, Chemor Perak, 35 kilometer dari bandaraya Ipoh.

Upacara penyerahan borang keahlian seramai 107 orang ahli baru itu dibuat oleh Tuan Hj. Dahlan bin Mat Jali kepada Al-Fadil Hj. Hassan Shukri, Naib Presiden PAS Pusat. Seramai lebih 1,500 orang hadir mendengar ucapan daripada Naib Presiden PAS itu, yang merupakan majlis kali pertama di kampong dan di daerah Ulu Chemor.

Sambutan yang menggalakkan daripada penduduk kampong berkenaan menguatkan kenyataan bahawa PAS sebenarnya berjaya menguasai 'grassroot' dan menyedarkan bahawa tanggungjawab orang Islam yang sebenarnya terhadap ugama mereka.~MR