Mahathir Hina Islam Depan Rakyat India

7 June, 1999 - Dr. Mahathir yang mengaku kepada rakyat Malaysia memperjuangkan Islam melalui parti UMNO sebaliknya telah diketahui menghina Islam di hadapan rakyat India semasa melakukan lawatan kenegara itu tidak lama dulu.

Kenyataannya memperlekehkan undang-undang Islam dan menghina Islam itu akhirnya di siarkan dalam majalah Tamil India (Sihar) dan dibaca oleh umat Islam berkuturunan India. Mereka mengirimkan majalah dan terjemahannya kepada kenalan mereka di Malaysia sebagai tanda simpati bahawa Islam telah dicemuh dan dihina pemimpinnya.

Perkara ini didedahkan oleh Naib Yang Di Pertua PAS Kawasan Tambun, Ustaz Shuid Din semasa majlis ceramah yang berlangsung di Kg. Ulu Kuang, Chemor, Perak semalam.~MR