Isu Bekalan Air: Bukti Daim Lebih Berkuasa Dari Mahathir

Isu pinjaman RM600 juta yang telah diluluskan sejak tiga bulan lepas oleh PM Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad kepada kerajaan negeri pimpinan PAS untuk membangunkan bekalan air seluruh negeri itu, membuktikan bahawa Kerajaan Pusat mengamalkan diskriminasi dan menekan Kerajaan PAS Kelantan.

Sambil menyifatkan Kerajaan Kelantan belum menyatakan pendiriannya untuk mematuhi semua syarat bagi membolehkannya menerima pinjaman mudah RM600 juta daripada kerajaan pusat itu, Tun Daim berkata wang pinjaman tersebut tidak akan disalurkan melainkan semua syarat-syarat dipatuhi dan meng'ugut' akan menarik balik pinjaman jika syarat-syarat tidak dipatuhi.

Kenyataan ini menguatkan dakwaan sesetengah pihak bahawa Tun Daim lebih berkuasa daripada Dr. Mahathir.

"Mesti ikut syarat...macam bank yang bagi pinjam...kalau tak ikut syarat dia tarik balik pinjaman".

"Kita sedang menunggu menteri besar (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) datang untuk berbincang mengenai syarat-syarat berkenaan tetapi hingga sekarang belum datang untuk berbincang," kata Daim.~MR