Kronisme Dalam UMNO Terlalu Tebal

Seorang sahabat memberitahu saya beliau membuat temu janji dengan seorang YB pada suatu hari (hari dirahsiakan). Kira-kira jam 8.40 pagi teman itu membuat panggilan dari pejabatnya untuk 'temujanji' dengan YB. Beliau diberitahu oleh seorang perempuan (mungkin pembantu YB) YB biasanya datang (masuk Pejabat) jam 10.30 pagi.

Sementara menunggu temu janji dengan YB berkenaan, teman saya itu pergi minum pagi dengan rakannya. Tepat masa yang dijanjikan, teman saya dan rakannya mencari pejabat YB yang merupakan pertama kali beliau menjejakinya. Oleh kerana tidak nampak sebarang papan tanda pejabat, maka teman saya itu terpaksa mencari satu demi satu ruang kedai kerana pejabat YB berkenaan terletak di tingkat 2 deretan bangunan kedai. Akhirnya bertemu juga dengan peti surat yang terletak di pintu masuk menunjukkan itulah tempat yang dicari.

Oleh kerana mengambil masa mencari pejabat YB maka teman saya itu telah kelewatan 7 minit kerana temujanji dengan YB ialah pukul 10.30 pagi. Teman saya dan rakannya hanya sampai pukul 10.37 pagi. Tapi agak lega juga kata teman saya itu kerana tiada orang yang menunggu untuk berjumpa YB waktu itu melainkan mereka.

Seorang pembantu pejabat (lelaki) YB mengambil nama teman saya itu dan rakannya untuk direkodkan. Nampaknya dua kali ambil nama, kata teman saya kepada rakannya. Seketika itu masuk dua orang, seorang lelaki dan seorang perempuan ke ruang menunggu tempat rakan saya duduk. Nama mereka juga dicatit. Beberapa minit kemudian pintu bilik YB dibuka dan keluar pembantu perempuan YB dan beliau memanggil satu nama. Tiba-tiba keluar dari bilik pembantu khas YB (bilik berasingan) beberapa orang lalu terus masuk ke bilik YB. Rakan saya dan kawannya masih menunggu.

Nasib baik perbincangan kumpulan itu tidak lama kira-kira 10 minit mereka keluar. Kemudian pembantu perempuan memanggil satu nama. Lelaki dan perempuan yang datang selepas rakan saya, kemudiannya masuk ke bilik YB. Teman saya dan rakannya saling berpandangan kerana mereka sudah 'ketinggalan giliran'. Rakan saya menenangkan kawannya supaya bersabar menunggu.

Kira-kira jam 11.02 minit pagi seorang YB (ADUN) dalam kawasan Parlimen YB dimana rakan saya hendak berjumpa, sampai bersama-sama kumpulannya dua tiga lelaki. Mereka bersalaman dengan teman saya dan rakannya. Kemudian perbualan mereka menghangatkan bilik ruang menunggu.

Kira-kira 2 minit kemudian tetamu keluar dari bilik YB. Sepatutnya kali ini giliran teman saya dan rakannya kerana telah terlepas giliran beberapa kali. Namun YB yang baru sampai tanpa bertanya kepada pembantu-pembantu di situ terus masuk ke bilik YB Parlimen di mana teman saya dan rakannya sepatutnya masuk.

Rakan teman saya memang panas baran. Beliau sudah menunjukkan muka merah padam dan hampir terkeluar perkataan P***Mak kepada pembantu perempuan dan lelaki di pejabat YB berkenaan. Akhirnya menyedari akan tercetus insiden yang kurang menyenangkan, teman saya itu menarik tangan rakannya dan berlalu keluar.

Teman saya itu meluahkan perasaannya kepada saya. Begitulah menebalnya kronisme dalam UMNO, katanya. Hinggakan nak berjumpa YB pun kita kenal kenal 'orang dalam' pada hal kita sudah menjejakkan kaki ke pejabat mereka!

Polong_cyber