UMNO Paling Gentar Jika Pembangkang Bekerjasama
7 June, 1999 - Konsep pakatan pembangkang menerusi Barisan Alternatif tidak meniru mana-mana pihak, apalagi hendak disamakan dengan konsep pakatan UMNO dengan MCA dan MIC. Kerjasama UMNO, MCA, MIC dan parti komponan lain dilihat sebagai mengorbankan hak rakyat terutamanya orang Melayu dan ini ternyata merugikan nasib bangsa Melayu di negara merdeka.
42 tahun negara merdeka namun orang Melayu masih terpinggir nasib mereka. Sebaliknya orang Cina mencapai kehidupan mewah dengan bantuan Kerajaan BN dan tidak kurang orang India yang mempunyai kedudukan ekonomi agak baik.
UMNO yang kian gentar menghadapi kerjasama pembangkang menyuarakan kebimbangannya secara tidak langsung melalui media mereka menerusi kenyataan beberapa pimpinan UMNO termasuk Diktator Mahathir sendiri.
Dalam perasmian perhimpuann agung Parti Progresif Penduduk Malaysia (PPP) pagi ini Mahathir disifatkan sebagai berkata,"Kerjasama ini bukan kerjasama yang serius dan bermakna. Masing-masing mempunyai agenda sendiri yang tidak secocok dengan hasrat rakan mereka".
Diktator Mahathir seterusnya memfitnah dan memprovokasi pembangkang melalui kenyatannya,"Percayalah mereka tidak pun dapat bekerjasama semasa pilihan raya, jauh sekali selepas kemenangan yang mereka harapkan. Mereka akan bercakaran sesama sendiri".
Seterusnya Diktator Mahathir memfitnah bahawa pakatan pembangkang menggunakan khidmat kuasa asing.
"Kita dalam BN tidak akan tiru cara yang kotor ini. Kita tidak akan minta pertolongan orang asing...." kata beliau.
"Kita percaya kepada rakyat negara ini, merekalah yang akan menentukan nasib kita dan nasib mereka serta kerajaan yang akan memerintah mereka," kata Perdana Menteri.
Kenyataan PM itu dilihat sebagai satu pembohongan yang maha besar kepada rakyat kerana selam 42 tahun memerintah Kerajaan BN paling kerap bersekongkol dengan orang asing atau kuasa asing. Buktinya urusan ekonomi negara diserahkan kepada orang Yahudi (Soloman Smith Barney) dan baru-baru ini negara mencipta hutang di US dengan mengeluarkan bon terbitan negara yang dilanggani oleh negara luar.
Kenyataan Mahathir hanyalah satu pembohongan yang nyata kepada rakyat kerana hanya Kerajaan BN yang bersekongkol dengan kuasa asing dan rakyat tahu bahawa disebalik persekongkolan itu akan membawa keuntungan kepada Mahathir dan kroninya. Sebaliknya hidup rakyat terus tertekan dan generasi masa depan akan menanggung bebanan hutang yang berpanjangan, jika ia gagal dikawalselia dengan baik.~MR