Pilihanraya Terkotor: Mahathir Mendahului Tuhan!

Genap satu hari saya merantau dari gerai ke gerai, dari restoran ke restoran, dari lounge ke lounge. Dari disko ke disko, dari hotel ke hotel hingga ke kelab eksklusif dalam bandaraya Ipoh. Hanya satu yang saya ingin beritahu para netters sesungguhnya apabila diajukan berhubung dengan soalan di atas yang ada kaitannya dengan kenyataan Mahathir kelmarin yang menyatakan pilihanraya kali ini merupakan pilihanraya terkotor, tindakbalas yang diterima memberitahu bahawa mereka sudah tidak percaya lagi perkataan Mahathir. Adakah anda masih percaya?

Laman ini lahir ditengah-tengah kemelut kehidupan masyarakat pertengahan dan golongan bawahan negara ini. Suara yang lahir adalah hampir sama majoriti suara rakyat. Dengan yang demikian ertinya masyarakat sudah menolak Mahathir. Mahathir mendahului Tuhan dalam apa juga agendanya. Beliau menyatakan sesuatu yang belum pasti terjadi. Inilah hakikatnya Mahathir.

Wahai Mahathir, percayalah anda sudah tua dan nyanyuk. Rakyat tidak percayakan anda lagi. Suara laman ini sudah cukup membuktikan bahawa rakyat menolak apa juga agenda anda. Semangat reformasi tulen akan kembali menjelma di tengah kemelut politik dan sokongan sudah tidak memihak kepada anda lagi.

Undurlah Mahathir Undur!!!

UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF

Polong cyber
8 June, 1999