UMNO Kian Kalut!
8 June, 1999 - Pergerakan Pemuda Umno dilaporkan mula memantapkan jentera pilihan rayanya sebagai persiapan memastikan kemenangan calon-calon parti. Ini menandakan bahawa tarikh pilihanraya terasa cukup dekat sekali. Namun parti pembangkang yang lain sudah memulakan sejak berbulan-bulan lalu kempen mereka.
Akibatnya lahirlah sessi ceramah yang dihadiri oleh puluhan ribuan manusia dan sesekali menjangkau angka ratus ribu. Itu satu petanda ke arah kejayaan pembangkang.
Sebaliknya UMNO yang gundah gulana masih sombong kerana kehadiran yang dipaksa dan dibayar. Umpamanya program Perhimpunan Pemuda Perkasa serta Kursus Gerak Gempur Pilihan Raya yang dijadualkan pada Khamis ini, dijadualkan berlangsung dalam suasana tertutup. Pengerusi Majlis Kemahasiswaan dan Latihan Pergerakan Pemuda Umno Zein Isma Ismail selaku pengerusi pengajur perhimpunan itu berkata, persekitaran PWTC akan turut dibanjiri lebih 2,000 anggota Pemuda Umno untuk mengikuti amanat Dr Mahathir serta perjalanan perhimpunan itu melalui siaran litar tertutup.
Kehadiran para peserta kursus gerak gempur pilihan raya yang dijangka berjumlah lebih 1,800 akan memulakan kursus empat hari mereka di 10 lokasi di seluruh negara.
Apa jua yang UMNO lakukan saat ini mereka semuanya gunakan wang. Tiada wang ertinya tiada kehadiran. Sebaliknya program pembangkang kehadiran rakyat adalah ikhlas. Walaupun benar ini bukan ukuran undi semasa pilihanraya nanti, namun hakikat sokongan sudah tidak memihak kepada UMNO. Rakyat sudah muak dengan agenda UMNO yang keterlaluan menyogok. Hakikatnya UMNO perlu sedar bahawa sokongan kepada parti itu kian meruncing, dan UMNO pula semakin kalut!~MR