Beberapa Perbezaan Antara UMNO vs PAS

Pada siri yang lalu kita telah melihat beberapa ciri yang menunjukkan beberapa perbedaan antara PAS dan UMNO. Kali ini kita selami sedikit lagi ciri-ciri itu selanjutnya:

CIRI-CIRI DALAM UMNO

CIRI-CIRI DALAM PAS

Pemimpin UMNO boleh dikenali dari gaya berpakaian yang terlalu kebaratan hingga di tengahari panas yang terik mereka masih memakai tali leher dan kod tebal.

Pemimpin PAS lebih cenderung memakai serban dan berjubah. Ini adalah sunah Rasul, yakni cara RasululLah berpakaian yang sesuai untuk dicontohi setiap zaman.

Pemimpin UMNO kerap bercukur janggut dan menipiskan misai mereka supaya kelihatan 'macho' selalu

Pemimpin PAS gemar berjanggut dan berjambang kerana ini adalah sunah Rasul, tidak timbul soal tiada gilette di zaman Nabi.

Kebanyakan pemimpin UMNO hanya mempunyai seorang isteri tetapi mempunyai ramai perempuan simpanan atau 'part time lover' masing-masing kerana sifat mereka manusia biasa tetapi dengan jalan terlarang

Ada dikalangan pemimpin PAS mempunyai isteri lebih dari satu menurut kemampuan mereka kerana mereka adalah manusia biasa yang mempunyai nafsu tetapi disalurkan dengan cara terbaik

Bendera UMNO menggunakan lambang keris yang sudah ditelan zaman

Bendera PAS menggunakan lambang purnama yang terang zaman berzaman

UMNO biasanya memulakan dan menutup sebarang majlisnya dengan lagu patrotik peniup semangat kebangsaan

PAS biasanya melakan majlis dengan bacaan Umul Kitab dan menutup majlis dengan doa

Pemimpin UMNO ditakuti rakyat kerana selalu menggunakan agenda ancaman

Pemimpin PAS dikagumi dan dihormati rakyat kerana memiliki tingginya keilmuan

Rakyat akan dibela setiap 5 tahun sekali untuk pencapaian matlamat parti - undi

Rakyat minta dibela apabila mereka gagal memperolehi matlamat yang dikehendaki

Kerjasama sesama ahli adalah kerana wang. Contohnya tiada wang bendera/poster tidak digantungkan

Kerjasama sesama ahli adalah ikhlas dan jihad. Sama-sama bekerja untuk pencapaian dan penilaian di sisi Allah jua

Ada wang, ada undi

Undi ada, jihad pun ada

Media sekongkol dan menyokong mereka

Media memfitnah dan memprovokasi mereka

Ceramah UMNO dihadir oleh ratusan

Ceramah PAS dihadiri oleh ribuan

Ceramah UMNO biasanya secara tertutup kerana ada perkara perlu diselindungkan dari rakyat

Ceramah PAS biasanya dilakukan secara terbuka kerana semuanya rakyat perlu tahu

Ceramah UMNO bisa saja dapat permit dari mula hingga akhir

Ceramah PAS selalu ditarikbalik permit saat akhir

Sebenarnya ada banyak lagi perbedaan yang anda tahu. Namun petikan ini adalah secebis buat renungan anda dalam menilai sesuatu yang mana sebenarnya kaca dan permata~MR