UMNO Sudah Lama Guna Taktik Kotor!!
9 June, 1999 - Kenyataan bahawa UMNO tidak akan menggunakan taktik-taktik kotor sebaliknya berhujah berasaskan kebenaran bagi menghadapi parti-parti pembangkang pada pilihan raya akan datang adalah satu kekeliruan di sisi rakyat.
Antara taktik kotor yang sering digunakan oleh UMNO ialah apabila menjelang pilihanraya maka ke semua jalan, hatta ke ceruk kampong akan dipremix bagi kemudahan rakyat. Lihat sahaja kenyataan akhbar semalam yang melaporkan bahawa ke semua jalan dalam negeri Kedah diarah siap dalam tempoh 100 hari.
Sementara itu di seluruh negara, jalan-jalan kampong telah ditar dan diselenggara dengan cukup baik. Ini satu bukti UMNO guna taktik kotor untuk memancing undi. Jika sekiranya bukan waktu pilihanraya, berbuih mulut rakyat dan berkajang kertas digunakan untuk komplen kepada semua pihak tentang jalan berlubang atau jalan masih tanah merah, anihnya tidak dihiraukan.
Selain dari itu kerajaan UMNO juga dengan segera menaikkan gaji kakitangan awam atau mengumumkan insentif atau imbuhan tertentu, iaitu sewaktu menjelang pilihanraya. Tuntutan kumpulan sekerja yang terdahulu pernah ditolak kerana alasan kemelesetan ekonomi. Bonus kakitangan awam tahun lalu juga dipotong disebabkan kemelesetan ekonomi. Saat pilihanraya menjelang, biarpun masih gawat kerajaan sanggup bayar imbuhan dan kenaikan gaji untuk memancing undi kakitangan kerajaan terbabit.
Selain dari itu, Kerajaan UMNO sanggup memfitnah DSAI dengan tuduhan liar dan tiada berasas kerana bimbang DSAI akan menang dan menandingi jawatan Presiden UMNO. Ini ketakutan amat sangat oleh Mahathir dan kuncu-kuncunya. Maka sekali lagi taktik kotor digunakan oleh UMNO untuk meruntuhkan kareir politik DSAI dan para penyokongnya.
Akhirnya segala tembelang UMNO diketahui rakyat. Maka siapa sahaja pemimpin UMNO yang sanggup menafikan kenyataan di atas hanyalah dilihat sebagai menegakkan benang yang basah.
Kenyataan oleh Presiden PAS Datuk Hj. Fadzil Noor semalam ada benarnya bahawa UMNOlah yang akan menggunakan taktik kotor kerana mereka ada kuasa untuk berbuat demikian.
Penggunaan segala jenis media dan jabatan kerajaan bagi berkempen atau menjayakan kempen UMNO merupakan 'kekotoran' dahulu dan semenjak zaman berzaman yang tidak dihapuskan dalam UMNO.
Sementara kekotoran yang berupa rasuah wang sudah dimulakan oleh Mahathir sejak beliau tergugat oleh tindakan Ku Li dan pembubaran UMNO lama. Sesungguhnya UMNO baru bukan kesinambungan UMNO lama yang lebih bersih dari semua kekotoran. UMNO baru adalah parti Mahathir dan segala penentangan terhdap beliau akan dihapuskan walau taktik yang digunakan lebih kotor daripada apa yang digambarkan oleh Prof. Syahnon Ahmad melalui bukunya SHIIT~MR