BN Hanya Akan menang Jika Guna Taktik Kotor!
9 June, 1999 - Menangani sokongan rakyat yang kian memuncak terhadap Barisan Alternatif, maka UMNO dengan pantas mengumumkan bahawa pembangkang 'kununnya' lebih cenderung melakukan taktik kotor untuk memenangi pilihanraya.
Sementara PM Diktator Mahathir melahirkan keyakinannya tanpa asas yang kukuh dan mendakwa akan menang dan mempunyai peluang lebih cerah untuk memang pada pilihan raya akan datang.
"Dan kita percaya di Malaysia, mempunyai kerajaan yang kuat bermakna kerajaan yang mempunyai majoriti yang kukuh di Parlimen, justeru itu, kita tidak bimbang dengan tindakan mereka yang berpaling tadah," kata beliau.
Sementara itu lebih 1 juta pemilih baru yang mendaftar dengan SPR mencerminkan bahawa sokongan pembangkang melalui Kerajaan Alternatif bersifat berasas dan kukuh. Ini adalah rahmat dan kesedaran terhadap penyelewengan kuasa dalam UMNO sebagaimana penindasan yang berlaku ke atas DSAI.
Sejarah menggunakan taktik kotor akan berulang termasuk menukar peti undi, menggunakan khidmat pengundi hantu, menyelewengkan cara mengira undi, mengubah undi dengan memadamkan undian atau merosakkan bukan undi yang bukan UMNO~MR