Pemimpin UMNO Kelirukan Rakyat
9 June, 1999 - Kenyataan bahawa ekonomi semakin pulih adalah satu kekeliruan bagi rakyat terutamanya menjelang pilihanraya umum kali ke 10. Pembangkang yang diselar oleh pemimpin Kerajaan seharusnya diberikan peluang untuk memperbaiki ekonomi negara dengan menyerahkan tampuk pemerintahan ke tangan mereka, bukan hanya bercakap 'nah pembangkang buat' tapi sebaliknya pemimpin UMNO tidak bersedia turun dari jawatan masing-masing.
Kenyataan pemimpin UMNO sedemikian dilihat sebagai 'dayus' kerana meminta orang lain bertindak sedang kaki dan tangan mereka diikat. Lebih dayus dari kes pukul DSAI yang diikat dan ditutup matanya. Lantaran kerana ikatan itu UMNO sebaliknya sering menyerang bahawa pembangkang tiada agenda untuk memulihkan ekonomi negara.
Jika benar kerajaan mahu pembangkang memulihkan ekonomi sila serahkan kuasa anda kepada mereka. Sebaliknya jika UMNO mendakwa berjaya memulihkan ekonomi negara, Minda Rakyat menyeru supaya diturunkan segala jenis cukai dan harga barangan pengguna supaya kemakmuran itu dapat dikongsikan dengan rakyat keseluruhannya.~MR