ISU KAFIR MENGKAFIR: NAKHAIE USAH KELIRU

9 June, 1999 - Isu kafir mengkafir yang dimulakan oleh UMNO untuk cuba memikat rakyat supaya melihat PAS sebagai parti yang menyeleweng dan fanatik, tidak berjaya. Sekalipun Nakhaie Ahmad yang kini sebagai Ketua Biro Penerangan UMNO Kedah cuba mengungkit kenangan silam itu, nyata apa juga saranan UMNO untuk memesongkan tanggapan rakyat terhadap PAS dilihat sebagai usaha yang sia-sia setakat ini.

Ini kerana rakyat sudah maklum bahawa UMNO akan mempergunakan apa sahaja untuk meraih undi rakyat sekalipun terpaksa menggunakan taktik yang 'kotor' dan hina. Minda Rakyat berpendapat usaha UMNO itu sia-sia dan berpolitiklah dengan jujur dan ikhlas kerana itu adalah cara yang bersih dalam amalan berpolitik.

Sesungguhnya rakyat bukan semuanya boleh diperbodohkan dengan agenda semurah tajaan UMNO dan pemimpinnya.~MR