MOKHTAR TEGAKKAN BENANG BASAHNYA

10 June, 1999 - Rakyat berpendapat kenyataan Peguam Negara Tan Sri Mohtar Abdullah yang menafikan bahawa pihaknya tidak bertindak secara profesional, tidak jujur dan berniat jahat dalam membuat tuduhan liwat terhadap DSAI, sebagai menegakkan benang basah dan kerajaan UMNO adalah bertanggungjawab dan perlu ditolak.

Bukti penolakan itu dilihat apabila rakyat dari berbagai kaum menyertai parti pembangkang khususnya PKN, yang baru berusia beberapa bulan tetapi telah berjaya memperolehi keahlian yang begitu ramai. Menurut pemerhati politik tempatan bilangan pengundi baru yang dicatatkan oleh SPR itu majoritinya adalah sokongan kepada pembangkan terutama PKN dan PAS.

Kenyataan Mokhtar Abdullah itu adalah sebagai ulasan kepada percubaan DSAI untuk membatalkan prosiding jenayah yang bertujuan melengah-lengahkan perbicaraan terhadapnya, menindas dan merupakan penyalahgunaan proses mahkamah.

Pindaan pertuduhan juga adalah sebagai bukti kukuh kenyataan DSAI bahawa Jabatan Peguam Negara terlibat dengan konsfirasi peringkat tertinggi yang menjatuhkan beliau dan menamatkan kerjaya politiknya.

DSAI seterusnya mendakwa bahawa pertuduhan terhadapnya dalam kes rasuah itu dipinda meskipun terdapat keterangan yang "prejudis". Ekoran itu mahkamah sendiri telah memutuskan agar perkara mengenai kebenaran atau kepalsuan berhubung dakwaan salah laku dihapuskan daripada rekod mahkamah.

Sebagai memperkukuhkan dakwaan konsfirasi itu, Pegam Negara telah bertindak mengemukakan rayuan supaya penghapusan itu ditarikbalik dan dibicarakan.

Kehadiran Abdul Gani dan Azahar di Bukit Aman pada malam Anwar ditangkap menguatkan lagi dakwaan bahawa Jabatan Peguam Negara terlibat dalam konsfirasi yang dirancang begitu rapi kerana mereka terlebih dahulu berada di sana sebagai menunggu ketibaan DSAI yang akan ditangkap malam tersebut.~MR