MAHATHIR GADAI KETUANAN MELAYU

10 June, 1999 - Saudara Ezam Mohd Nor berkata bahawa semasa beliau menjadi Setiausaha Politik kepada DSAI, beliau seringkali melihat orang persaorangan yang kerap berulang alik ke Jabatan Perdana Menteri untuk bertemu Mahathir ialah mereka yang terdiri dari ahli korporat seperti Francis Yeoh, Vincent Tan, Ananda Krishnan, Arumugam Pillay, Halim Saad, Tajudin Ramli dan lain-lainnya.

Jarang sekali dilihat Ketua Bahagian UMNO atau Cawangan dan wakilnya dapat berpeluang untuk bertemu dengan Diktator Mahathir. Ini sesungguhnya membuktikan bahawa pakatan Diktator Mahathir dengan golongan korporat ini sebagai menggadai ketuanan Melayu melalui pemberian projek mega dan dasar penswastaan kepada mereka.

Kenyataan Mohd Ezam itu dirakamkan semasa beliau memberikan ceramahnya di Kg. Jelapang, Simpang Taiping, minggu lalu.~MR