Mahathir Ilhamkan 'English Garden'
10 June, 1999 - Sekembalinya dari percutian di negara Eropah termasuk England dua tahun dulu, Diktator Mahathir telah mengarahkan DSAI supaya membuat prospek bagi mengujudkan sebuah Taman Semula Jadi yang indah ala 'English Garden' yang dilawatinya.
Walau bagaimana pun akibat kegawatan ekonomi yang sedang melanda negara, rancangan itu terbantut dan tidak dapat diteruskan. Walau bagaimanapun ide Diktator Mahathir itu dilihat sebagai mementingkan projek untuk kroninya dan bukan membela kesusahan rakyat.
Pendedahan ini dibuat oleh saudara Mohd Ezam Mohd Nor semasa menyampaikan ceramah di Kg. Jelapang, Simpang, Taiping, minggu lalu.~MR