Kerajaan Abai Tanggungjawab
10 June, 1999 - Isu tanah jerlus dan bukit batu Kapur merupakan antara masalah utama rakyat yang diabaikan serta gagal mendapat pembelaan yang bersungguh dari Kerajaan Negeri Perak.
Situasi ini dilihat sebagai 'pahat dan penukul' dan apabila rakyat membantah maka barulah kerajaan mula berbuat sesuatu yang menutup mulut rakyat buat sementara waktu. Akhirnya isu itu lenyap dan kerajaan kembali kepada agenda pembangunannya yang lebih mendatangkan 'side income' kepada pemimpin dan kroninya.
Sehingga kini kerajaan Negeri Perak masih membisu tentang kegagalan mereka menangani isu tanah jerlus, melainkan menambak lubang berkenaan tetapi tidak pernah cuba menyelidiki kesilapan Pihak Bekuasa Tempatan atau pemaju perumahan dan seterusnya mengenakan penalti terhadap mereka.
Begitu pula dengan isu Chandan Desa yang mana bukit batu kapur hanya berada beberapa puluh meter dari rumah penduduk, namun masih teguh di sana yang mungkin meragut nyawa rakyat suatu hari nanti.
Ini adalah bentuk kezaliman dimana hak rakyat tidak ditunaikan manakala projek kekayaan terus diberikan perhatian.~MR