PAS Utamakan Kedamaian

11 June, 1999 - Walau pun telah kalah sembilan kali dalam siri pilihan raya umum negara ini, PAS terus berjuang dengan mengekalkan dan mengutamakan keamanan dan kedamaian dalam perjuangan dalam mencapai cita-citanya.

Keadaan ini amat berbeza sekali dengan Umno yang sekali kalah di Kelantan. Mereka (UMNO) melakukan berbagai perkara termasuk menghasut rakyat, mengganggu institusi beraja serta melakukan kekacuan dengan membakar bayar tayar-tayar buruk untuk menimbulkn suasana huru hara dalam negara.

Atas prinsip yang didokong sekian lama maka PAS telah berjaya menarik lebih 120,000 orang yang terdiri dari ahli baru dan cawangan PAS wujud daripada Gua Musang hingga ke Shah Alam, Pulau Chondong dan juga seluruh tanah air, malahan sampai ke London.

Umno kini sudah ketandusan idea dan pemikiran dalam menghadapi kebangkitan dan sokongan rakyat terhadap PAS. Perkara ini ditegaskan oleh Presiden PAS, Dato' Dr. Fadzil Mohd. Noor menegaskan demikian ketika merasmikan majlis pelancaran penubuhan 25 Cawangan baru PAS, Kawasan Pilihan raya Shah Alam, di Seksyen 4, Ahad lalu.

"PAS bersyukur kerana kita telah berjaya membentuk masyarakat yang bersukur selaras dengan ingatan dalam al-Qur'an hanya sedikit sahaja orang-orang yang bersyukur. Sedangkan Umno tidak boleh buat begitu kerana Umno sendiri tidak pernah bersyukur" bidas beliau.