Golkar Sudah Bersedia Jadi Pembangkang
11 June, 1999 - Parti Golkar siap sedia menerima kenyataan untuk tidak lagi berkuasa sebagai Kerajaan hasil Pilihanraya 1999. Golkar dipercayai akan bergabung dengan parti-parti Islam untuk menghadapi kerajaan baru.
Pemerhati politik meramalkan dengan gabungan itu akan muncul dua kelompok besar, yakni penyokong Habibie sebagai calon presiden yang akan "berhadapan" dengan penyokong Megawati Soekarnoputri.
Ini ditegaskan oleh Ketua DPP Parti Golkar Marzuki Darusman dan Slamet Effendy Yusuf. Keduanya mengemukakan pendapatnya berkaitan langkah-langkah yang akan ditempuh Parti Golkar seandainya kalah dalam Pilihanraya 1999.
"Kita (Parti Golkar) harus siap menerima kekalahan, dan serta merta tidak lagi berkuasa. Dalam berpolitik, pembangkang tidak selalunya hina, tetapi sama dengan yang memerintah. Pembangkang sebagai suatu pilihan yang harus ditempuh dengan kebijaksanaan," kata Marzuki.
Ia menjelaskan, pungutan 30 persen suara yang kemungkinan diraih Golkar tidak boleh dipandang remeh. Tetapi, 30 persen ini tidak akan mampu mengimbangi parti Kerajaan baru. Menurutnya lagi, desakan kerajaan baru pasti terlalu kuat dan akan sangat sukar untuk diimbangi.
Di sudut lain ia mengakui, jika Parti Golkar menang pilihanraya, proses reformasi akan sedikit mengalami kelewatan. Alasannya, sudah menjadi kenyataan bahawa bahagian yang menghadapi krisis politik, perlu diganti terlebih dahulu. Ini akan melambatkan proses reformasi.
Menurut Slamet Effendy Yusuf pula, kalau Megawati yang terpilih sebagai presiden, Golkar seharusnya menjadi pembangkang sahaja. Tidak wajar dua parti yang besar memerintah secara bersama, kerana ini akan mewujudkan pemerintahan yang kuat dan berpusat. DPR tidak akan dapat menjalankan fungsi mengawal dengan baik, kerana dalam masa yang sama akan mempertahankan matlamat partinya yang kebetulan juga menjadi pemerintah.
'Dalam suasana demokrasi, salah satu parti politik yang kuat harus menjadi pembangkang. Golkar siap menjadi pembangkang yang mengikut undang-undang kerana ini akan menjadi kerajaan baru tidak terlalu kuat kerana ada yang mengawalnya. Untuk mengembangkan demokrasi, Indonesia tidak hanya memerlukan pemerintahan yang legitimate dan kuat, namun juga pembangkang yang legitimate dan kuat.
(pep/tra/joe)