Di Air Tenang Ramai Akan Memancing Ikan
11 June, 1999 - Sesekali rakyat perlu berpendirian 'akan ada yang memancing ikan di lautan tenang'. Jika lautan bergelora sekurang-kurangnya semua pihak berwaspada dan tiada yang akan mengambil kesempatan untuk kepentingan diri sendiri, melainkan tumpuan untuk menyelamatkan nyawa masing-masing
Perumpamaan ini boleh difikirkan dalam mengimbau kenyataan PM Diktator Mahathir Mohamad yang menegaskan rakyat Malaysia akan kehilangan kehidupan selesa yang mereka nikmati sekarang jika berlaku parlimen tergantung dan tidak ada parti kuat memerintah negara pada pilihan raya akan datang.
Namun di sebalik suasana keselesaan sekarang rakyat masih ditindas dan hampir tidak mempunyai apa-apa dan mengemis di negara sendiri.
Contohnya para pelajar institusi pengajian tinggi terpaksa dibebani dengan hutang pelajaran bagi membiayai pengajian mereka kerana biasiswa sudah tiada lagi sekarang. Justeru itu sokongan para pelajar kepada kerajaan kini amat berkurangan. Di kalangan mereka dan rakyat ada yang berpendapat bahawa 'lautan bergelora lebih baik dari air yang tenang.' ~MR