Ramai Sudah 'Mufarakah' UMNO!
11 June, 1999 - Kenyatan PM Diktator Mahathir Mohamad yang menganggap tidak berlaku perpecahan dalam Umno dan mereka yang ada dalam parti adalah ahli yang betul-betul berjiwa Umno yang sanggup menjayakan cita-cita parti, hanya untuk 'menyedapkan' diri sendiri.
Ini berikutan pemecatan sejumlah ahli UMNO baru-baru ini dan tidak termasuk yang keluar secara sukarela menyertai pembangkang. Bagaimana pun PM Mahathir menyifatkan mereka sebagai tidak mempunyai jiwa Umno.
Ini menguatkan lagi dakwaan yang mengatakan bahawa UMNO sebenarnya tinggal tunggul, manakala dahan dan rantingnya sudah tiada lagi.
Semenjak pemecatan DSAI 2 September, 1998 seramai antara 300 dan 400 anggota parti telah disingkirkan dan kemukinanan ada lagi yang akan menerima nasib yang sama.
Biarpun UMNO mendakwa mempunyai seramai 2.6 juta ahli, hakikatnya seramai 120,000 orang sudah menyertai PAS secara sah, dan PKN dijangka meraih hampir 1 juta ahli. Jumlah 2.6 juta ahli UMNO hanya dikertas, manakala 'grasroot'nya keahlian UMNO hanya sekitar 30 peratus sahaja lagi.~MR