Mahathir Sudah Laksana 'Malaysian Malaysia'
11 June, 1999 - Kad Pengenalan baru yang dilaksanakan beberapa tahun lalu adalah antara perlaksanaan Malaysian Malaysia oleh Kerajaan UMNO. Kad pengenalan yang bersaiz kad pintar atau kad kredit itu sudah menghapuskan beberapa ciri utama kad pengenalan lama. Antaranya ugama dan bangsa seseorang warganegara.
Ini menunjukkan bahawa Kerajaan UMNO sudah memulakan dasar Malaysian Malaysia sejak lebih lima tahun lalu. Kenyataan ini diluahkan oleh Dr. Khairuddin Abdul Malek seorang AJK PAS Bahagian Tambun, semasa sessi ceramahnya semalam. Menurut Dr. Khairuddin, Malaysian Malaysia sudah diinspirasikan sejak lebih 10 tahun lalu dengan percubaan mengujudkan budaya dan bangsa Malaysia.~MR