Samy Umpan Pengundi Dengan Rumah

12 June, 1999 - Sebanyak 320 buah rumah murah bernilai RM10,000 setiap satu menjadi pertaruhan kepada Datuk Samy Vellu dalam usahanya menarik pengundi di kawasan Parlimen Sg. Siput.

Menurut maklumat, rumah tersebut akan dihadiahkan secara 'percuma' kepada penduduk miskin daerah Sg. Siput. Sudah pasti sebagai imbalannya mereka dikehendaki memilih beliau sebagai wakil Parlimen semasa pilihanraya umum nanti. Ini merupakan satu taktik 'kotor' MIC yang merupakan parti komponen BN.

Minggu lalu PM Diktator Mahathir mengatakan bahawa pilihanraya yang akan datang merupakan 'pilihanraya terkotor' dalam sejarah pilihanraya negara ini. Kenyataan itu dilihat benar apabila UMNO serta parti komponen BN sudah memulakannya dengan pelbagai agenda yang merasuah pengundi-pengundi. Ini satu bentuk penyelewengan dan kezaliman dalam Kerajaan BN.~MR