Jalan Tar Pilihanraya Sudah Siap
12 June, 1999 - Pembinaan jalan berturap 'premix' di seluruh kampong-kampong di negara ini sedang giat dilaksanakan. Di sesetengah negeri ianya sudah siap dilaksanakan, sementara di negeri yang lain pula masih dalam giat penurapannya.
Umpamanya di Kedah dan Perak, jalan berturap premix ini masih giat berjalan. Seluruh kampong yang dahulunya merupakan jalan berdebu kini bertukar wajah menjadi jalan tar, walau pembinaannya 'cepat dan pantas' dan dalam keadaan serta merta.
Sudah semestinya pembinaan jalan berturap di merata ceruk kampong ini merupakan agenda utama Kerajaan BN yang mahu membuktikan bahawa mereka sentiasa prihatin dengan kesusahan rakyat. Anihnya, keprihatinan itu hanya beberapa bulan menjelang pilihanraya umum negara.
Minggu lalu, Diktator Mahathir Mohamad selaku PM Malaysia mengatakan bahawa pilihanraya umum yang akan datang merupakan 'pilihanraya terkotor' dalam sejarah pilihanraya negara ini. Ia nampaknya sudah dimulakan oleh Kerajaan BN yang memperuntukkan sejumlah wang bagi melaksanakan Jalan Luar Bandar sebagaimana diumumkan oleh Menterinya Datuk Anuar Musa bulan lalu, untuk memancing pengundi.
Satu lagi taktik kotor Kerajaan BN meraih simpati rakyat!~MR