Keprihatinan Ini Bersifat Sementara

12 June, 1999 - Keprihatinan kerajaan terhadap segala permasalahan yang ditanggung oleh rakyat hanya bersifat sementara. Perkara ini seringkali diingatkan oleh parti pembangkang dalam 'rally' ceramah politik dan kesedaran tentang kezaliman kerajaan terhadap rakyat, semenjak ianya dimulakan lebih 8 bulan lalu.

Namun bagi PAS ia mengadakan siri ceramah yang tidak putus-putus semenjak ianya ditubuhkan tahun 1951 hingga sekarang. Bagaimana pun jumlah ceramah kesedaran ini ditingkatkan bagi menyambut kedatangan pilihanraya umum ke 10 sedikit masa lagi.

Dalam siri-siri ceramah pembangkang tersebut, samada DAP, PAS, PKN atau PRM (merupakan Barisan Alternatif) mereka bersetuju bahawa sifat 'keprihatinan' Kerajaan BN terhadap segala masalah rakyat hanya bersifat sementara, iaitu setiap 5 tahun sekali.

Oleh itu rakyat harus sedar 'taktik kotor' ini yang merupakan satu lagi kebenaran kata-kata PM Diktator Mahathir yang mengatakan bahawa siri pilihanraya umum ke 10 merupakan 'pilihanraya terkotor' dalam sejarah pilihanraya umum negara ini.~MR