Orang Mu'min Pasti Menang!

13 June, 1999 - Perjuangan orang Islam mu'min yang bermati-matian untuk menegakkan Islam di bumi Allah melalui apa cara sekalipun akan menemui kemenangan akhirnya. Dan sebaliknya kepada mereka yang melaksanakan separuh daripada tuntutan ugama dan meninggalkan sebahagian yang lain akan berada dalam kerugian dalam segala amalan mereka akan terhapus sebagaimana janji-janji Allah sebagaimana yang tertulis di dalam Al-Quran ayat 9 surah Muhammad bermaksud:

"Yang demikian itu adalah kerana sesungguhnya mereka benci kepada apa yang diturunkan Allah (Al-Quran) lalu Allah menhapuskan (pahala-pahala) amal mereka"

Lantaran itu perjuangan PAS untuk menegakkan kalimah Allah melalui pembentukan negara Islam jua akan menemui kemenangan akhrnya, walaupun telah kalah sebanyak 9 kali dalam siri pilihanraya umum negara ini.

Kini janji Allah itu akan datang dan kemenangan insyaAllah akan dicapai melalui pilihanraya umum kali ini. Ucapan ini dibuat oleh Ustaz Abdul Halim b. Hj. Nasir semasa berceramah di Taman Keledang, Sg. Siput (U) malam tadi.

Orang Islam mu'min patut berbangga kerana janji-janji Allah ini. "Dan sekali pun kita tewas dalam perjuangan ini, Allah menjanjikan syurgaNya untuk orang yang ikhlas berkorban kerana Allah", tegas Ustaz Abdul Halim.~MR