PAS Hormati Amalan Demokrasi Negara Ini

13 June, 1999 - Walaupun PAS telah kalah dalam pilihanraya dan gagal memerintah Malaysia sebanyak 9 kali percubaannya, namun PAS tidak pernah menghuru-harakan negara. Sebaliknya kekalahan itu diterima dengan hati yang terbuka. Justeru itu PAS patut dilihat sebagai parti yang menghormati amalan demokrasi negara ini dan percaya bahawa sistem Kerajaan yang ada sekarang patut ditukar melalui proses pilihanraya.

Itulah hakikat PAS sebenar dalam perjuangannya menegakkan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud ciptaan Allah.

"Biarpun PAS kalah, tapi PAS tak jemu meneruskan perjuangan untuk Allah", kata Ustaz Abdul Halim Nasir, Yang Di Pertua PAS Kawasan Sg. Petani.

Sebaliknya PAS terus berusaha menyedarkan umat Islam negara ini tentang kezaliman yang berleluasa dan perlunya tindakan mereka untuk menegakkan keadilan.

"PAS tidak pernah ajar umat Islam merusuh atau berdemontrasi di jalanraya,"ujar Ustaz Abdul Halim lagi. Katanya PAS selama ini bersikap sangat menghormati amalan demokrasi negara ini.~MR