Kenyataan Ramli Marcos Munafik
13 June, 1999 - Kenyataan Ramli Marcos yang mengatakan bahawa ada orang tertentu menjadikan Masjid Sultan Idris Shah II Ipoh sebagai medan politik yang disampaikan melalui khutbah Jumaatnya, merupakan kenyataan yang berbau politik secara keterlaluan.
Sebaliknya beliau sendiri sudah bertahun lamanya tidak bersembahyang Jumaat di masjid berkenaan dan tidak mendekati rakyat dengan menunjukkan kepimpinan yang baik, cuba menempelak para imam yang melaksanakan tuntutan ugama melalui rukun khutbah.
Umat Islam yang tidak faham akan tuntutan ugama nampaknya sedang cuba menggagalkan proses perlaksanaan Islam melalui ibadah pula, seorang komen guru agama. Kenyataan ini bukannya dari seorang mu'min sejati, tetapi dari sifat orang munafik, tambahnya.~MR