DSAI Tetap Kena Walau 1 Hari

14 June, 1999 - Saudara Ruslan Kassim menyatakan bahawa kegagalan Mahathir membuktikan kepada dunia berhubung dengan isu salahlaku seks menyebabkan beliau (Mahathir) malu kepada seluruh dunia khususnya negara maju.

Justeru itu, DSAI tetap akan menjadi mangsanya (akibat pertuduhan itu) walau pun akan dipenjarakan hanya 1 hari sahaja, sebagai penebus malunya (Mahathir). 10,000 rakyat berhimpun mendengar ucapan itu di Kuak, Sabtu lalu.~MR