PAS Bukan Parti Ideologi
16 June, 1999 – Sambil menyifatkan kenyataan Tengku Razaleigh melalui rancangan Soal Jawab kendalian TV3 sebagai tidak tepat untuk menggambarkan ertikata PAS yang sebenar, pemimpin beberapa kawasan negeri ini menyifatkan kenyataan ‘Ku Li’ itu mengelirukan dan hanya untuk kepentingan peribadinya sahaja.
Tidak seperti lain-lain parti, PAS berjuang bukan atas ‘ideologi’. Malah sebaliknya menjunjung tinggi perintah Allah dan kewajipan orang Islam menunaikan segala kewajipan mereka sebagai ‘kholik’ di muka bumi ini.~MR