Awas Gerakan Meng’UMNO’kan Rakyat

17 June, 1999 – Rakyat diminta berwaspada terhadap gerakan pihak tertentu yang cuba meng’UMNO’kan rakyat negara ini. Gerakan itu bertujuan semata-mata tamak kepada kuasa, sekaligus memberikan gambaran bahawa parti Melayu itu sedang menghadapi krisis sokongan yang merudum sejak hampir setahun lalu.

Gerakan meng’UMNO’kan rakyat mesti dipandang serius kerana ia hampir sama dengan gerakan meng"kristian"kan umat Islam atau sebarang gerakan yang seumpamnya. Tokoh-tokoh ugama mesti mengambil peranan yang berkesan untuk menerangkan kepada rakyat perilaku mereka yang rakus mengaut kuasa, tanpa mengambilkira kepentingan ugama dan akidah rakyat berugama Islam di negara ini.~MR