UMNO Kian Terdesak

17 June, 1999 – Kenyataan Pak Lah ‘B’ mahu mengUMNOkan rakyat semasa memberikan ucapan di Perasmian Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda dan Wanita Umno secara serentak di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini, menggambarkan bahawa parti itu sedang dilanda krisis sokongan yang amat tenat.

Timbalan PM membuat seruan, meminta anggota parti di semua peringkat "mengUmnokan" anggota keluarga mereka daripada adik, anak hingga ke cucu dalam usaha memenangi mahu memastikan UMNO terus memerintah negara ini.

Dalam ucapannya juga TPM itu juga berhasrat memberikan pendedahan politik kepada penuntut remaja di bangku sekolah dengan golongan sasarannya kepada penuntut daripada kumpulan remaja berusia di antara 19-24 tahun berada di pusat-pusat pengajian tinggi yang berjumlah 357,934 orang dan seramai 1,847,769 berada di sekolah menengah.

Pak Lah B berkata kegagalan mereka melaksanakan program bertindak sedemikian dikhuatiri akan menjauhkan anak-anak muda daripada memahami, mendampingi, menerima dan menyokong perjuangan Umno.

Hasrat UMNO itu disifatkan oleh rakyat negara ini sebagai terdesak kerana telah hilang pengaruhnya.~MR