Negara Bagaimana Yang Harus Dicintai?
17 June, 1999 – Kenyataan Pak Lah B yang meminta rakyat cinta kepada negara perlu dihalusi kerana beliau mendakwa ia adalah ucapan Nabi yakni hadis RasululLah s.a.w.. Bagaimanapun Pak Lah B gagal mengemukakan periwayat hadis tersebut. Apa yang lebih nyata UMNO nampaknya menggunakan ugama untuk menarik minat sokongan orang Islam dan ternyata gagal.
Negara bagaimanakah yang harus dicintai oleh setiap umat Islam. Bagaimana jika negara itu tidak menjalankan hukum hudud dan taat kepada perintah Allah, apakah ianya harus mendapat sanjungan dan kecintaan rakyatnya?
Kenyataan Pak Lah B hanya mengeksplotasi ugama untuk kepentingan perjuangan UMNO.~MR