PAS Perlu Lantik Wakil Bukan Melayu

17 June, 1999 – Kehadiran dan sokongan kaum bukan Melayu khususnya dari bangsa Cina bukan lagi fenomena baru yang berlaku dalam PAS. Namun penonjolan aktiviti yang melibatkan mereka (Kaum Cina) tidak begitu ketara walaupun penglibatan mereka sudah cukup jelas.

Umpamanya penerangan kepada masyarakat Cina yang dibuat oleh Urusetia Hal Ehwal Masyarakat Cina PAS Pusat serta penerbitan risalah penerangan dan penglibatan mereka dalam siri ceramah anjuran PAS.

Menyedari peranan dan sumbangan urusetia ini maka PAS perlu menimbangkan perlantikan sekurang-kurangnya seorang daripada mereka sebagai AJK PAS Pusat bagi mengimbangi sokongan kaum bukan Melayu yang kian rancak dewasa ini.

Kejujuran PAS berjuang untuk menegakkan dakwah Islamiyyah serta penubuhan negara Islam perlu dibuktikan bahawa Islam tidak mengamalkan sebarang diskriminasi ‘kuasa’.~MR