Siapa Kuasa Asing Sasaran Mahathir?

18 June, 1999- Siapakah kuasa ‘asing’ yang menjadi kemarahan Diktatorr Mahathir Mohamad terus menjadi tanda tanya walau telah berkali-kali beliau mendakwa mengenai usaha kuasa asing yang akan melemah dan memusnahkan Umno, Barisan Nasional (BN) dan kerajaan dengan menyokong dan membantu pakatan pembangkang.


Diktator Tua itu dipetik sebagai berkata kuasa-kuasa asing amat gembira melihat keghairahan parti-parti lawan dan pakatan mereka untuk melemahkan Umno, BN dan kerajaan.

Dalam ucapannya juga diktator tua itu berkata walaupun kuasa asing tidak sedikit pun berminat dengan Islam, ia tidak menghalang mereka daripada memuji dan menyokong PAS yang memperjuangkan Islam.

Bagaimana pun Diktator Mahathir gagal menamakan kuasa asing berkenaan seperti yang didakwanya malahan terus memfitnah parti-parti pembangkang khususnya PAS

Diktator Mahathir dilihat cuba membuat tuduhan terhadap campurtangan orang asing dengan pelbagai tuduhan kerana sebenarnya beliau ingin melindungi masalah yang beliau hadapi dalam negara dengan tuduhan yang tidak berasas dan tidak konkrit.

Dakwaan Mahathir kuasa asing cuba menggugat kestabilan politik negara dengan sengaja menggalakkan perusuh, merusuh dan menjatuhkan kerajaan dengan keganasan adalah palsu dan bangkerap politik, kata pemerhati politik tempatan.

Diktator Mahathir cuba meraih simpati rakyat dengan menuduh PAS bersekongkol dengan kuasa asing namun tuduhan itu tidak kemana dan tiada fakta kukuh untuk dinilai atau diterima rakyat. Beliau cuba memikat dengan tuduhan bahawa pembangkang akan cuba membuatkan negara dijajah semula dan rakyat harus bangun menentang PAS.

Pemerhati politik berkata Mahathir sudah kehabisan isu untuk dikemukakan menjelang pilihanraya yang semakin hampir. Krisis sokongan yang dialami UMNO sejak akhir-akhir ini membuatkan beliau resah dan bermati-matian untuk mempertahankan keegoannya.~MR