Imej Malaysia Jatuh Di Mata Dunia
18 June, 1999 – Malaysia yang suatu waktu dahulu berada di tahap yang membanggakan kini imejnya telah jatuh akibat perbuatan seorang diktator yang tamak dan rakus. Kedudukan beliau sebagai orang terpenting telah menyebabkannya mengambil kesempatan yang ada untuk mengkayakan kroni-kroni dan suku sakatnya.
Justeru itu tidak hairan jika dunia amnya sudah tahu amalan kronisme dan nepotisme yang berlaku di Malaysia. Akibat dari penyelewengan kuasa juga para Menterinya yang terlibat dengan skandal rasuah, pembunuhan dan rogol tidak dihadapkan di Mahkamah, sebaliknya mereka terselamat dari perbuatan masing-masing.
Inilah antara kezaliman yang perlu rakyat ketahui dan kerana itu mereka harus menolak kerajaan BN yang melakukan penganiayaan terhadap rakyat dan penyelewengan kuasa dan mandat yang diberikan oleh rakyat. Perkara ini dinyatakan oleh Dr. Hatta Ramli selaku salah seorang AJK Pas Pusat.~MR