SPR Perlu Contohi Indonesia
18 June , 1999 – Dr. Hatta mengesyorkan SPR agar mencontohi Suruhanjaya Pilihanraya Indonesia yang berjaya menjalankan pilihanrayanya dengan telus dan adil. Pihak SP Indonesia telah menjemput beberapa pemerhati dari seluruh dunia sebagai menyahut ketelusan dan mempamirkan sikap keterbukaan mereka.
Selain dari itu di Indonesia, para pengundinya tidak memangkah. Sebaliknya mereka menggunakan sebatang besi halus (sebesar paku) untuk menusuk di mana lambang parti yang dikehendaki.
Cara dan pendekatan ini lebih telus memandangkan tidak akan berlaku penyelewengan sebagaimana menggunakan pensil yang boleh dipadamkan dan ditandakan di tempat yang lain.
Walaupun perkara ini dilihat sebagai kuno, namun hakikatnya ia lebih telus dan SPR perlu mencontohi cara ini, jika mahu membuktikan mereka bersih dan tidak dikuasai oleh parti memerintah.~MR