Mahathir Serang Anwar dan PAS

18 June, 1999 – Pemerhati politik tempatan berpendapat bahawa kandungan ucapan Mahathir pagi ini semasa perasmian perhimpunan agong UMNO lebih kepada menyerang bekas timbalannya DSAI dan parti PAS.

Sambil menekan bahawa tuduhan salah laku seks yang dihadapkan kepada DSAI itu adalah atas kesalahannya dan tindakan yang diambil terhadap beliau adalah wajar, Diktator Tua lagi Nyanyok itu juga dilihat menyerang PAS bertubi-tubi.

Antara tuduhan yang dilemparkan terhadap PAS ialah PAS hanya satu parti yang akan memecahbelah perpaduan rakyat negara ini. Beliau (Mahathir) juga cuba mengaitkan peristiwa 13 Mei 1969 dengan ketidakstabilan perpaduan.

Mahathir juga mendakwa kerajaan PAS Kelantan gagal membela nasib rakyatnya hingga terpaksa dibantu dengan bantuan pinjaman dalam penyelesaian isu air. Sambil cuba mengaitkan bahawa ‘simpati’ PAS terhadap DSAI lebih merupakan pendekatan politik dan kesatuan pembangkang hanya untuk menjatuhkan UMNO.~MR