Agenda Perhimpunan Agung UMNO
20 June, 1999 - Menyingkap tabir perhimpunan PAS Kali ke 45 beberapa minggu lalu, isu utama muktamar kali tersebut ialah penerimaan ahli bukan Islam ke dalam PAS (ahli bersekutu). Para perwakilan bebas menyatakan pendapat mereka, pro dan kontra supaya idea mereka menjadi panduan dan ukuran bagi AJK Perlembagaan PAS untuk memberikan pertimbangan kepada penyelesaian kepada isu yang dibangkitkan.
Berlainan dengan PAS, UMNO mempunyai agenda yang berlainan kerana dalam perhimpunannya kali ini agenda mereka bukan membahaskan sesuatu yang positif demi kemajuan UMNO dan rakyat Melayu. Mereka lebih senang mengutuk PAS dan DSAI. Samada dalam ucapan dasar Presidennya hingga kepada perbahasan wakil, isu utama yang mereka bangkitkan ialah yang menyentuh DSAI dan PAS.
Sehingga satu senarai pemberian saham BSKL juga turut dipaparkan untuk menunjukkan bahawa amalan kronisme dan nepotisme itu dilakukan oleh DSAI. Manakalah Mahathir terselamat dan terlindung. Begitulah UMNO yang lebih senang menjaga tepi kain orang lain, sehingga lupa kepada perjuangan mereka sendiri.
Jika dibandingkan antara UMNO dan PAS agenda parti Islam itu jauh lebih menarik kerana memperlihatkan kematangan dan kehebatannya berpolitik. Kerana itu tidak hairanlah walau dengan seribu satu serangan fitnah UMNO terhadap PAS dan DSAI, kehadiran dan sokongan terhadap pembangkang sedikit pun tidak luntur. Malahan dari tinjauan yang dibuat, bilangan pegunjung ke sessi ceramah PAS dan pelancaran KeAdilan di mana sahaja diadakan terus meningkat dan kian bertambah.
Rakyat juga kini lebih matang dalam menilai perjuangan sesebuah parti politik. Sebagai orang Islam mereka menilai menurut perspektif Islam dan amat berhati-hati kepada mereka yang mendakwa berjuang untuk ugama tetapi gagal melaksanakan perintah Allah setelah memegang kuasa lebih 40 tahun lamanya.
Antara UMNO dan PAS sudah jauh perbedaannya di sisi rakyat. Bagi majoriti rakyat bawahan (grassroot) UMNO sebenarnya sudah tidak relevan lagi!~MR