Benarkah PAS Bakal Memecahkan Perpaduan

20 June, 1999 - Tuduhan Kerajaan BN pimpinan Diktator Mahathir bahawa jika PAS memerintah negara maka akan berlakulah rusuhan kaum dan perpecahan perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia umumnya. Namun di manakah kebenaran tuduhan itu?

Tuduhan Kerajaan BN itu adalah keterlaluan. Telah tercatat dalam sejarah politik dan sejarah pilihanraya negara ini, bahawa PAS telah tewas sebanyak sembilan kali. Namun hakikat itu diterima oleh PAS dengan penuh kesabaran. Malahan sokongan dan keahlian PAS terus bertambah sedikit demi sedikit hinggalah kepada tahun ini di mana pertambahan keahlian begitu ketara sekali.

Pada setiap kali selepas pilihanraya umum, PAS terus mengkaji bagaimana untuk berdakwah dengan sebaiknya agar umat Islam memahami perjuangan Islam dan memberikan sokongan terhadap perjuangan itu. Tiada sebarang rusuhan kaum sebagaimana dakwaan UMNO dan apa yang berlaku 13 Mei, 1969 itu tiada kaitannya dengan PAS.

Maka dengan itu tuduhan yang mengatakan bahawa selepas pilihanraya ke 10 jika PAS menang akan terjadi kacau bilau, rusuhan kaum, perpecahan perpaduan itu sebenarnya hanyalah propaganda politik murahan UMNO yang kehilangan modal, kata Ustaz Hishamuddin bin Abdul Aziz, AJK Dewan Ulama PAS. Lojiknya, jika kekalahan boleh diterima, apakah apabila sudah menang akan merusuh pula, katanya.~MR