UMNO Telah Mulakan Pilihanraya Terkotor

21 June, 99 - UMNO yang selesai bersidang semalam dilihat telah memulakan 'insiden' pilihanraya terkotor, sekotor-kotornya. Bermula dengan ucapan dasar presidennya, UMNO menggunakan kesempatan berkampong sesama perwakilan menghentam PAS dan DSAI sepuas-puasnya.

Kecenderungan memburuk-burukkan PAS dan juga peribadi DSAI dilihat sebagai 'taktik' terkotor dalam percubaan UMNO untuk memenangi pilihanraya kali ini. Jika PAS berkempen memperhebatkan keahliannya semasa bermuktamar beberapa minggu lalu, UMNO berkecenderungan memburuk-burukkan pembangkang dan meneruskan aktiviti fitnah terhadap musuh politik mereka.

Pindaan pertuduhan juga dilihat sebagai 'taktik terkotor' UMNO untuk memenangi dakwaan fitnah dan tuduhan seks terhadap bekas TPM itu. Pindaan sebanyak 3 kali pertuduhan ke atas tarikh di mana DSAI dikatakan meliwat Azizan bersama-sama Sukma Dermawan tidak akan dilupakan oleh rakyat bahawa ia sesuatu yang kotor, busuk lagi membusukkan!

Malahan UMNO menggunakan duit rakyat bagi membayar Ibrahim Ali untuk menangi gejala fitnah yang didakwa terhadap UMNO. Penyelewengan duit rakyat bagi membayar gaji Ibrahim Ali juga sesuatu yang sungguh kotor dan sungguh keji. Ibrahim dilihat lebih cenderung mengampu PM Mahathir, daripada menjalankan amanah rakyat yang telah membayar gajinya.

Nampaknya kata-kata Mahathir bahawa pilihanraya umum ke 10 kali ini merupakan pilihanraya terkotor ada kebenarannya, apabila UMNO telah memulakannya.~MR