Percubaan Menjatuhkan Kredibiliti Tuan Guru

21 June, 99 - UMNO nampaknya bersungguh-sungguh mahu memenangi pilihanraya umum ke 10 dengan cara paling kotor. Presidennya, Diktator Mahathir sudah beberapa kali dilihat cuba menjatuhkan kredebiliti Tuan Guru Nik Aziz, yang nyata keperibadian tuan guru itu telah membayangi keperibadian Mahathir, kata Ustaz Hishamuddin Abdul Aziz, seorang AJK Dewan Ulama PAS.

Beberapa kali Dr. Mahathir cuba menjatuhkan kredebiliti Mursyidul Am PAS itu tetapi gagal, katanya. Percubaan pertamanya dalam menghadapi pilihanraya kali ini ialah dengan menyelewengkan fakta dan kenyataan Tuan Guru dengan mengatakan Kerajaan PAS tidak menggalakkan wanita bekerja.

Tetapi fitnah itu telah ditangkis oleh PAS apabila berjaya mengemukakan kenyataan yang pernah dibuat oleh PM Mahathir dalam tahun 1984 melalui akhbar dan medianya, bahawa beliau sendiri meminta para isteri yang mana suaminya mampu, supaya berhenti kerja dan memberikan peluang kepada yang lain.

Percubaan seterusnya untuk menjatuhkan kredebiliti Tuan Guru Nik Aziz dibuat apabila kenyataannya diselewengkan sekali lagi oleh Dr. Mahathir dengan mengatakan bahawa PAS bekerjasama dengan syaitan. Hakikat sebenarnya kenyataan itu dibuat kepada seorang wartawan Perancis dengan mengatakan bahawa Kerajaan PAS sentiasa berbuat ke arah kebaikan. Jika syaitan pun mahu melakukan kebaikan, maka PAS akan bantu, kata Ustaz Hishamuddin lagi.

Namun kenyataan Tuan Guru diselewengkan untuk menjatuhkan maruahnya dan maruah PAS dengan melaung-laungkan bahawa PAS bekerjasama dengan syaitan dan PAS menjadi alat syaitan.

Kemudian ditambah lagi percubaan itu, dalam ucapan dasarnya semasa perhimpunan agong UMNO yang baru lalu, bahawa Tuan Guru Nik Aziz meng'halal'kan Prof. Shahnon Ahmad mencarut, melalui buku tulisannya SHIT. Mahathir juga mendakwa, Prof. Shahnon mengkeji ibunya dengan menyatakan 'benda' maknya.

Mahathir seterusnya cuba menjatuhkan kredebiliti Tuan Guru Nik Aziz dengan mengatakan bahawa Mursyidul Am PAS itu menghina Tuhan kerana mengatakan 'kununnya' Tuhan juga mencarut. Dalam penjelasannya Ustaz Hishamuddin membacakan ayat 106 Surah Hud, ayat 9 Surah A'la dan ayat 12 Surah Syamsi yang mengandungi kata celaan Allah terhadap golongan yang kufur dengan perintahNya.

Percubaan menyelewengkan kenyaaan itu dilakukan sebagai satu ujian kepada rakyat dan imbalbalik terhadap kenyataan yang dibuat oelh Mahathir. Jika Mahathir berjaya, maka pilihanraya akan diumumkan serta merta, malah jika isu itu gagal menjatuhkan kredebiliti Tuan Guru, maka pilihanraya masih jauh lagi, kata Ustaz Hishamuddin lagi.~MR