Beberapa Perbedaan UMNO dan PAS
CIRI-CIRI DALAM UMNO |
CIRI-CIRI DALAM PAS |
Perlembagaan ciptaan manusia yang diluluskan oleh MT dan dipinda untuk kepentingan dari masa ke semasa |
Perlembagaan yang disedut dari Al-Quran dan Sunnah yang dikaji oleh JKT Perlembagaan dari masa ke semasa |
Ugama Islam adalah ugama resmi sebagai mana tercatat dalam perlembagaan |
Ugama Islam tidak diresmikan tetapi menjadi anutan dan dihayati dalam seluruh kehidupan |
Hukum yang menjadi pegangan dan amalan ialah Perlembagaan Malaysia |
Hukum yang menjadi pegangan dan amalan ialah hudud |
Matlamat membangunkan Malaysia sebagai sebuah negara maju di tahun 2020 |
Matlamat membangunkan Malaysia Bersama Islam segenap masa |
Pembangunan dan perpaduan adalah agenda utama mendapatkan sokongan rakyat |
Memberikan kefahaman kepada Islam dan hukum Allah dalam perjuangan rakyat |
Menjadikan ugama Islam diperintah di bawah Jabatan Ugama Islam setiap negeri |
Menjadikan ugama Islam memerintah samada di peringkat persekutuan dan negeri |
Ahli-ahlinya terdiri dari orang Melayu tanpa mengira ugama |
Ahli terdiri dari semua bangsa yang berugama Islam |
Ahli-ahli bukan Islam digabungkan melalui parti komponen seperti MCA, MIC dan Gerakan |
Ahli bukan Islam digabungkan melalui penyertaan ahli bersekutu (yang bakal diluluskan) |
Ahli-ahli mempunyai hak yang sama tetapi pemimpin mesti orang Melayu |
Ahli-ahli mempunyai hak yang sama tetapi pemimpin mesti mengikut syariat |
Perjuangan ahli berdasarkan bangsa dan semangat kebangsaan |
Perjuangan ahli adalah jihad dengan nilai yang tinggi di sisi Tuhan |
Keahlian semakin mengecil dengan peningkatan yang kecil dalam peratusan pertumbuhan bangsa |
Keahlian semakin mengembang dengan kemasukan orang bukan Islam secara menganut Islam atau ahli bersekutu |
Kerajaan UMNO tulen - tiada |
Kerajaan PAS tulen - Kelantan |
Perdana Menteri berkuasa penuh dan memimpin Majlis Tertinggi dan Kabinet |
Perdana Menteri akan dipimpin dan dinasihati dibawah pengawasa Majlis Syura |
Ahli-ahli dibawa masuk kerana tarikah duniawi seperti mendapat habuan projek tanah atau balak |
Ahli-ahli memohon masuk setelah faham erti jihad dan perjuangan Islam untuk memperolehi habuan di sisi Allah |
Amalan kronisme dan nepotisme dalam pengagihan harta negara. Contoh terlalu banyak |
Mengagihkan keperluan rakyat secara percuma seperti contoh pendidikan dan perubatan |
Membela kroni dan syarikat korporat |
Membela nasib rakyat yang sedang melarat |
Pemimpinnya hidup mewah, berkereta besar (bini besar) contohnya Mahligai RM200 juta |
Pemimpin hidup sederhana, kediaman ala kadar dan banyak berkorban untuk rakyat |
Pemimpinnya sering menyerang rakyat yang dikatakan tidak setia dengan ugutan dan ancaman |
Pemimpin sering mengajak rakyat kembali kepada ugama Islam dan takut kepada ancaman Allah |
Mengumpul kekayaan dengan bertopengkan projek pembangunan kepentingan rakyat |
Membela nasib rakyat dengan mengujudkan projek yang mementingkan mereka |
Harta negara adalah harta UMNO dengan bertopengkan harta kerajaan |
Harta negara adalah kepunyaan rakyat melalui harta Kerajaan |
Pemimpinnya sering menaikkan kadar elaun mereka hingga berjumlah beribu ringgit setiap bulan |
Pemimpinnya memotong gaji dan pendapatan untuk sumbangan ke dalam Tabung Jihad bagi membela nasib rakyat |
Ceramah politiknya penuh ungkapan fitnah dan hasutan |
Ceramah politiknya penuh dengan sulaman hadis dan ayat suci Quran |
Perjumpaan pemimpin dengan rakyat mesti di tempat mewah dan eklusif |
Perjumpaan pemimpin dengan rakyat di mana sahaja |
Mengamalkan dasar sekular dalam urusan pentadbiran negara |
Mengamalkan dasar Islam dalam segala urusan |
Ulama dicaci dikeji dan dihina |
Ulama disanjung, dihormati dan dimulia |
Pertimbangan terhadap sesuatu berdasarkan lojik pemikiran |
Pertimbangan terhadap sesuatu berdasarkan hadis dan firman Tuhan |
Gaya pakaian kebaratan bertali leher dan kod tebal |
Gaya pakaian berserban dan berjubah mengikut sunah Nabi |
Kebanyakan pemimpin UMNO mempunyai seorang isteri tetapi ramai perempuan simpanan |
Ada pemimpin yang beristeri lebih dari seorang untuk mengawal nafsu di jalan terlarang |
UMNO biasanya memula dan menutup majlis dengan menyanyikan lagu patriotik |
PAS membuka dan menutup majlis dengan ayat suci dan doa |
Bendera UMNO menggunakan lambang keris yang sudah ditelan zaman |
Bendera PAS menggunakan lambang bulan terang zaman berzaman |
Kerjasama yang diberikan ahli adalah kerana wang seperti upah menaikkan poster |
Kerjasama ahli adalah kerana jihad dan mereka memberikan tenaga secara percuma |
Ada wang ada undi |
Undi ada, jihad pun ada |
Media bersekongkol dan menyokong |
Media menghentam dan mengecam |
Ceramah UMNO dihadiri oleh ratusan orang |
Ceramah PAS dihadiri oleh ribuan orang |
Ceramah UMNO biasa tertutup kerana melindungi sesuatu dari rakyat |
Ceramah PAS terbuka kerana semuanya hendak diberitahu pada rakyat |
Ceramah UMNO tak perlu permit dan tiada pernah dibatalkan |
Ceramah PAS perlu permit dan sering ditarik balik dan dibatalkan |
Surat Layang digunakan dalam usaha memenangi sebarang jawatan lebih tinggi dan mengalahkan lawan masing-masing dalam parti |
Jawatan yang lebih tinggi seringkali dikaitkan dengan amanah dan pertanggungjawab di hadapan Allah, jika gagal melaksanakannya dan seringkali menolaknya sesama ahli dalam parti |
Menyanyikan lagu kebangsaan dan lagu UMNO untuk menaikkan semangat para ahli dan kesediaan berkorban untuk pemimpin |
Takbir dan bertasbih untuk menaikkan semangat jihad para ahli dan kesediaan mereka berkorban untuk Allah |
Menyebarkan dakyah melalui media seperti suratkhabar dan tv |
Menyebarkan dakwah yang dihimpit media surat khabar dan tv |
Menyelar reformasi dan gerakan ugama dan seumpamanya |
Menyarankan reformasi dalam semua tuntutan ugama |
Melaksanakan Islam melalui Penerapan Nilai Islam dan Menubuhkan Bank Islam |
Melaksanakan Islam melalui penubuhan negara Islam yang mentadbir segalanya |
Memperbanyakkan masjid dan tetapi tiada orang sembahyang |
Memperbanyakkan sembahyang walau tiada masjid |
Sebenarnya lebih banyak diperbandingkan antara keduanya, makin berbedalah antara UMNO dan PAS. Manakan sama orang yang berjuang untuk menegakkan kalimah Allah dengan berjuang menegakkan sekular.~MR