UMNO Parti Yang Sedang Gering

21 June, 99 - UMNO adalah parti yang sedang sakit tenat dan gering, kata Dato' Dr. Hassan Ali. Krisis sokongan yang merudum sedang melanda UMNO hingga menyebabkan ahli-ahlinya keluar beramai-ramai menyertai pembangkang.

Ahli UMNO yang dilaporkan menyertai PKN sudah melebihi 100,000 orang. Mereka kebanyakannya terdiri daripada AJK Cawangan dan Bahagian serta tidak kurang Ketua Cawangan dan Ketua Bahagian UMNO.

Sementara itu bilangan yang menyertai PAS juga tidak kurangnya. Menurut Dato' Dr. Hassan Ali, PAS hampir mencapai bilangan 1 juta ahli jika sambutan yang diterima terus bertambah dalam beberapa bulan lagi. Sehingga kini bilangan ahli PAS sudah melebihi 600,000 orang.

Ahli UMNO keluar beramai-ramai disebabkan UMNO tidak lagi berjuang untuk kepentingan parti, sebaliknya berjuang untuk kepentingan orang tertentu.

Sebelum itu, Dato' Dr. Hassan Ali membidas kenyataan Dr. Mahathir Mohammad yang menerangkan ciri-ciri perbedaan UMNO dan PAS. PAS didakwa tidak mahu menuntut kemerdekaan manakala UMNO yang memperjuangkan kemerdekaan.

Kenyataan Dr. Mahathir semasa menutup perhimpunan agung UMNO Ahad lalu, Pas berjuang memecahkan perpaduan. PAS juga didakwa menggunakan masjid untuk memfitnah Kerajaan. Kesemua dakwaan Dr. Mahathir telah dibidas oleh Dato' Dr. Hassan Ali. Lebih 20,000 orang mendengar ceramah Mega anjuran Pemuda PAS Bahagian Gopeng dengan kerjasama PAS Cawangan Pekan Razaki, di Pekan Razaki, Ipoh, semalam.~MR