Komando UMNO Akan Cetuskan Pergaduhan

23 June, 99 - Pasukan Gerak Gempur UMNO yang ditubuhkan baru-baru ini, akan mencetuskan pergaduhan di kalangan antara pemimpin PAS dan penyokongnya, gara-gara idea Menteri Hal Ehwal Fitnah, Ibrahim Ali Al-Kataki.

Menurut seorang AJK Cawangan UMNO yang menyertai unit Komando Gerak Gempur UMNO, Ibrahim Ali mencetuskan idea ini supaya ianya dilakonkan semasa PAS mengadakan sessi ceramahnya. Sementara penceramah PAS berucap dalam suatu majlis, unit komando yang menyamar sebagai penyokong PAS akan mencetuskan insiden pergaduhan yang menyebabkan penyokong parti berkenaan menjadi keliru dan kelam kabut.

Akibat pergaduhan yang dicetuskan, permohonan untuk sebarang sessi ceramah PAS walau di mana sahaja tidak akan dipertimbangkan. PAS akan dicap sebagai parti yang menyebabkan huru hara dan menimbulkan pergaduhan.

Sesungguhnya jika benar pendedahan berkenaan, ini merupakan 'tatktik kotor' UMNO mahu menghalang PAS dari menyampaikan penerangan kepada rakyat, setelah akhbar dan media elektronik mereka boloti.

Ramai pemimpin PAS bagaimana pun sudah maklum provokasi unit komando UMNO ini dan sedang mengambil langkah berhati-hati dalam setiap ceramahnya. Ini satu lagi tektik kotor UMNO menjelang pilihanraya umum negara ini. Beberapa minggu lalu, Diktator Mahathir Mohamad menyatakan bahawa pilihanraya umum akan datang merupakan pilihanraya 'terkotor' dalam sejarah pilihanraya negara ini. Rakyat harus berhati-hati dengan propaganda UMNO ini.~MR