Satu Peringatan Allah!

23 June, 99 - Malam Bersama Ulama yang dipanelkan oleh Dato' Dr. Harun Din dan Ahmad Awang yang telah diadakan di Masjid Tinggi, Bagan Serai minggu lalu, menerima pertentangan beberapa orang penduduk yang dikatakan pemimpin cawangan parti UMNO daerah berkenaan.

Gara-gara penentangan tersebut, beberapa orang penyokong UMNO bertindak liar dengan menyepahkan kitab dan ayat suci Al-Quran. Menurut saksi, kumpulan berkenaan menyelar ulama berkenaan dan menyalahkan PAS yang menganjurkan forum berkenaan, hingga beberapa pengikut mereka ikut menyertai PAS.

Perbuatan mereka serta merta menerima peringatan Allah apabila bala berupa angin puting beliung melanda daerah Kerian iaitu dalam Kawasan Masjid Tinggi, Bagan Serai, sepertimana yang pernah disiarkan oleh media elektronik minggu lalu.

Rakyat dinasihatkan jangan terlalu taksub dalam UMNO hingga sanggup mencerca ulama dan menggadaikan keimanan kita kepada Allah semata-mata kerana menentang mereka yang berjihad untuk agama Allah.~MR