JAKIM Anjurkan Bengkel Pengukuhan Akidah
23 June, 1999- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menganjurkan Bengkel Pengukuhan Akidah yang akan disasarkan kepada golongan pegawai dan kakitangan Kerajaan.
Bengkel sehari ini dipercayai akan mengkaji ‘respon’ kakitangan awam terhadap isu agama yang sering dilaungkan oleh kerajaan mutakhir ini dan keberkesanannya terhadap golongan pengundi terbesar. Di negeri Perak kursus ini dijangka berlangsung pada 1 Julai 1999.
Jika rakyat menerima agenda agama laungan Kerajaan UMNO pasti pilihanraya akan diadakan dalam tempoh paling cepat. Jika sebaliknya, kerajaan dipercayai akan melambatkan proses pilihanraya untuk mencari helah baru.~MR