PAS Terima Sumbangan Terbesar
23 June, 1999 – Kehadiran lebih 20,000 orang semasa gandingan mantap penceramah yang terdiri dari Datuk Dr. Hassan Ali dan YB Mohamed Sabu Isnin lalu, di Pekan Razaki, Ipoh, membolehkan PAS menerima sumbangan terbanyak setakat ini iatu RM22,000 bagi satu majlis ceramah mega di negeri Perak.
Sumbangan derma jihad diterima bukan sahaja dari orang Melayu, tetapi yang lebih bermakna sumbangan itu juga dibuat oleh rakan dari kaum China yang hadir sama di malam tersebut.
Kira-kira lebih 500 orang kaum Cina turut serta mendengar ceramah mega ‘gandingan mantap’ penceramahnya yang julung kali diadakan di Lembah Kinta.
Diharap usaha PAS sebegini terus terusan untuk meluaskan sokongan dan kepercayaan rakyat terhadap perjuangan parti itu.~MR